Thursday, 15 December 2011

Menjelang Hari Isnin 19 December 2011

Pada hari isnin minggu hadapan ,InsyaAllah mama akan menghadiri Sesi Kesesuaian Usahawanan di PUNB.Lama juga mama menghantarkan borang permohonan, hanya selepas tujuh bulan baru mama mendapat surat jemputan untuk ke sesi ini.Surat yang hanya menerangkan tentang tempat untuk sesi tersebut diadakan tidak ada langsung menerangkan tentang dokumen yang perlu di bawa bersama.Namun mama cuba mencari inisiatif sendiri dengan mambaca blog-blog mereka yang pernah menghadirinya.Rupa-rupanya diantara dokumen yang perlu dibawa bersama biar mama kongsikan disni ye adalah seperti   2 keping salinan kad pengenalan, salinan sijil yang telah disahkan, 2 keping gambar pasport dan RM20.00 untuk pemprosesan yuran pendaftaran.Mama pun tak pasti apakah ada rezeki atau tidak.Tapi apa yang penting mama mencuba, sesungguhnya rezeki hanya dari yang Maha Esa.Setiap dari kita merancang sesuatu yang kita rasakan baik dan perlu untuk kita, tetapi Dia juga merancangkan sesuatu buat kita hambanya.Sedangkan perancangan dariNya adalah yang paling baik.Kadangkala mama selalu terfikir bangsa melayu yang beragama islam lebih selesa untuk bekerja makan gaji ,sedangkan bangsa cina memonopoli dunia perniagaan.Kita ini lebih selesa untuk menjadi pembeli berbanding menjadi peniaga.Sedangkan Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w sendiri adalah seorang usahawan yang berjaya.Bukankah dia adalah role model yang patut dijadikan tauladan?Mudah-mudah urusan mama pada hari itu nati dipermudahkan.Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini bagaikan satu titik tolak untuk mama menceburkan diri ke dunia perniagaan, walhal sebelumnya mama juga selesa menjadi pembeli apabila rakan-rakan di pejabat menjual kain pasang, tudung, kerongsang,baju kanak-kanak, air soya dan sebagainya.Mungkin aktiviti yang dirancang bersama dengan rakan sekerja mama di meja sebelah iaitu Pn.Sela pada hari ahad ini akan melatih kemahiran berniaga mama.Kemahiran membuat survey memang sudah tidak dapat dnafikan lagi, manakan tidak memang itu tertera dalam "job description" mama di sini.Mudah-mudahan ada rezeki buat dua putera mama.Amin.

Produk Kecantikan D`qistee Beauty

Salam Semua,
Kali ini mama ingin berkongsi tentang set penjagaan wajah yang sedang mama gunakan.Mama mula menggunakannya pada penghujung bulan september.Waktu itu mama sibuk bertugas di luar pejabat.Dengan cuaca terik dan panas, mama bimbang juga kulit akan kusam dan gelap.Sewaktu mula diperkenalkan dengannya oleh kakak sepupu mama iaitu Dr. Azlina Mokhtar, mama rasa tidak berapa yakin memandangkan ianya masih tidak dikenali.Tetapi selepas dijelaskan dan melihat sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mama terpanggil untuk mencuba.Alhamdulillah hasilnya amat memuaskan hati terutama apabila dipuji oleh suami tersayang.Di sini mama ingin kongsikan dengan semua.Manatahu ada yang berminat dan ingin mencuba.
D'Qistee Skin care dirumus khas bagi merawat kulit kusam, berjerawat dan berjeragat. Produk 3 dalam 1 ini amat berkesan dan mula mendapat perhatian ramai pengguna. Terbukti secara klinikal ia tidak mengandungi hidrokuinon. Ia dirumus khas dengan menggunakan pati herba, serbuk mutiara dan madu. Pengguna akan dapat merasai perubahan kulit wajah setelah menggunakannya secara teratur. Kulit akan kelihatan segar, bersih dan halus gebu, Produk ini telah menjadi pilihan ribuan pengguna dalam masa yang amat singkat- HARGA RM120 SATU SET. BOLEH DIBELI SECARA BERASINGAN HARGA SEPERTI DIBAWAH………

  • HONEY SOAP
  • DAY CREAM
  • NIGHT CREAM
  • Day cream dipakai setiapkali keluar rumah pada siang hari. sebelum memakai pastikan kulit muka basah kerana cream agak pekat dan ini adalah cara penjimatan penggunaannye Sapu krim sehingga meresap ke dalam kulit. Ia mengandungi UV protection yang berupaya melindung kulit wajah daripada pancaran sinar matahari. Ia juga membantu merawat masalah jeragat di mana kandungan madu dan herba yang mengandungi Vitamin B, C dan anti-oksidan dapat meneutralkan radikal bebas. Meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin kulit. Jika dipakai berterusan kulit akan kelihatan sekata, tiada bintik-bintik hitam dan menghalang kulit dari kekeringan.DAY CREAM (WM RM49.90/EM RM59.90) - KKM:NOT100802184K
  • Night cream dipakai ketika hendak tidur, sebelum memakai pastikan kulit muka basah kerana cream agak pekat dan ini adalah cara penjimatan penggunaannya….sapu dikeseluruhan wajah hingga meresap kedalam kulit. Ia mengandungi serbuk mutiara dan madu putih yang berfungsi membersihkan sel-sel mati, mengecutkan jerawat, menghilangkan parut, mengurangkan pigmentasi kulit dan menghindarkan kulit dari kekusaman. Madu putih (Kelulut) mengandungi anti oksidan yang berfungsi memberi keanjalan pada kulit, menutup pori-pori kasar dan menghilangkan garis halus pada wajah. NIGHT CREAM (WM RM49.90/EM RM59.90) KKM:NOT100802185K
  • Honey soap Membersih kulit hingga jauh kedalam. Boleh digunakan sekerap yang mungkin. Bagi kulit berjerawat dan berminyak anda disarankan membersih kulit dengan kerap. Kandungan madu dan Vitamin E dapat memberi kelembapan pada kulit wajah.HONEY SOAP (WM RM39.90/EM RM49.90) KKM:NOT100802186K
  • Gunakan D'qistee tanpa was- was produk mendapat sijil halal cop tertera di beg kertas D'qistee...ramuan utama setiap produk tersenarai dibawah....
1)Beauty Day Cream
Acetyl Hexapeptide-8, Amino ascorbyl phosphate, Tocopheryl Acetate, Hyaluronic Acid, Propylparaben
( KKM - NOT 100802184K )

2)Night Cream
Pear Extract, Squalane, Saccharomyces, Honey Royal Jelly, Sucrose, Tocopheryl Acetate, Allantoin Calcium, Pantothenate
(KKM –NOT 100802185K)

3)Honey Soap
Sodium Cocoate, Sodium Stearate, Acetylated Sucrose Distearate, Glycerin, Honey
(KKM – NOT 1008802186K)

BOLEH DIHUBUNGI SECARA TELEFON OR FACEBOOK
Mama boleh dihubungi di 017-3498183 atau facebook amily8848@gmail.com

Monday, 12 December 2011

Mama Ann`s Planet

Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria,
Ini merupakan blog mama yang pertama.Sebelum ini mama hanya membiasakan diri menulis dalam buku kecil yang selalu mama bawa di dalam beg galas berwarna hitam "modernmum" mama.Mama tidak tahu apa yang ingin mama coretkan di dalam blog ini sebenarnya.Cuti tiga hari ini mama tidak punya apa-apa aktiviti lebih-lebih lagi husband pula terpaksa bertugas di Lumut, Perak.Jadi mama memperuntukan masa yang ada dengan melayan karenah dua orang putera mama iaitu Annas Rifauddhin(3 thn setengah) atau nama manjanya "Nash" dan Anniq Rayyan(2thn 3 bulan) atau gelaran manjanya "Nick".Memandikan,memakaikan pakaian,menyediakan sarapan, makan tengahari dan minum petang mereka.Itu wajib bagi mama.Mama tidak selesa jika hal-hal ini dibuat oleh pembantu rumah, lagipun mama tidak bercadang untuk mengambil pembantu rumah dalam masa terdekat ini walaupun kadangkala mama terpaksa meninggalkan mereka di rumah pengasuh dalam waktu yang agak lama.Entahlah, banyak berita yang didedahkan di dada akhbar membuatkan mama merasakan sangat tidak selesa untuk melepaskan kedua putera mama dengan "orang luar" di dalam "istana kecil" kami ini.Dalam hati mama bagaikan tidak sabar untuk berpindah ke kediaman kami yang baru.Akan tetapi bila waktunya, mama masih tidak pasti sedangkan jika mengikut perjanjian adalah pada penghujung tahun ini.Berbalik dengan perkara asal , banyak perkara yang perlu mama uruskan terutama urusan "pack" barang ke dalam kotak.Mujurlah ada banyak kotak dari pejabat yang mama bawa pulang ke rumah.Hmm ada juga pembantu tidak rasmi yang sudi membantu mama.Siapa lagi jika tidak Nash yang telah mula pandai memasukkan barang ke dalam kotak.Kami bersama-sama mengangkat kotak dan meletakkannya ke dalam bilik kosong berhampiran dapur.Beriya-iya dia membantu mama.Di antara barangan yang sedang mama kemaskan adalah barang-barang di dalam kitchen kabinet dan juga set pinggan mangkuk.Mama ajarkan Nash supaya membalut dahulu setiap pinggan dan cawan dengan kertas suratkhabar sebelum di masukkan ke dalam kotak.Mama juga terangkan padanya tentang barangan kaca dan mudah pecah serta kesannya jika tidak dibuat dengan berhati-hati dan perlu membasuh tangan dengan bersih selepas selesai membantu mama.Alhamdulillah Nash cepat faham.Dia membungkus dengan berhati-hati.Rupa-rupanya kerja mama tidak semudah itu, ada pula pembantu  yang seorang lagi ini, mengeluarkan semula barang-barang tadi  dari kotak.Siapa lagi jika bukan Nick .Nasib baik tidak pecah.Silap mama juga kerana membiarkan Nick bersendirian di runag tamu.Sudah tentulah anak kecil itu kebosanan.Akhirnya kami tidak jadi menyambung kerja-kerja membungkus barang. Tambahan waktu minum petang mereka telah tiba.Jadi mama ke dapur untuk menyediakan juadah yang amat mudah dan berkhasiat iaitu  chicken ball rebus dan dihidangkan bersama Thousand Island yang dicampurkan Sos Cili.Sayangnya mama tidak sempat mengambil gambar mereka yang sangat berselera menikmati hidangan petang itu.Jika berkesempatan mungkin di lain masa, dapat mama kongsikan lagi bersama pembaca semua.Salam Ceria dari mama buat semua.