Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria,
Ini merupakan blog mama yang pertama.Sebelum ini mama hanya membiasakan diri menulis dalam buku kecil yang selalu mama bawa di dalam beg galas berwarna hitam "modernmum" mama.Mama tidak tahu apa yang ingin mama coretkan di dalam blog ini sebenarnya.Cuti tiga hari ini mama tidak punya apa-apa aktiviti lebih-lebih lagi husband pula terpaksa bertugas di Lumut, Perak.Jadi mama memperuntukan masa yang ada dengan melayan karenah dua orang putera mama iaitu Annas Rifauddhin(3 thn setengah) atau nama manjanya "Nash" dan Anniq Rayyan(2thn 3 bulan) atau gelaran manjanya "Nick".Memandikan,memakaikan pakaian,menyediakan sarapan, makan tengahari dan minum petang mereka.Itu wajib bagi mama.Mama tidak selesa jika hal-hal ini dibuat oleh pembantu rumah, lagipun mama tidak bercadang untuk mengambil pembantu rumah dalam masa terdekat ini walaupun kadangkala mama terpaksa meninggalkan mereka di rumah pengasuh dalam waktu yang agak lama.Entahlah, banyak berita yang didedahkan di dada akhbar membuatkan mama merasakan sangat tidak selesa untuk melepaskan kedua putera mama dengan "orang luar" di dalam "istana kecil" kami ini.Dalam hati mama bagaikan tidak sabar untuk berpindah ke kediaman kami yang baru.Akan tetapi bila waktunya, mama masih tidak pasti sedangkan jika mengikut perjanjian adalah pada penghujung tahun ini.Berbalik dengan perkara asal , banyak perkara yang perlu mama uruskan terutama urusan "pack" barang ke dalam kotak.Mujurlah ada banyak kotak dari pejabat yang mama bawa pulang ke rumah.Hmm ada juga pembantu tidak rasmi yang sudi membantu mama.Siapa lagi jika tidak Nash yang telah mula pandai memasukkan barang ke dalam kotak.Kami bersama-sama mengangkat kotak dan meletakkannya ke dalam bilik kosong berhampiran dapur.Beriya-iya dia membantu mama.Di antara barangan yang sedang mama kemaskan adalah barang-barang di dalam kitchen kabinet dan juga set pinggan mangkuk.Mama ajarkan Nash supaya membalut dahulu setiap pinggan dan cawan dengan kertas suratkhabar sebelum di masukkan ke dalam kotak.Mama juga terangkan padanya tentang barangan kaca dan mudah pecah serta kesannya jika tidak dibuat dengan berhati-hati dan perlu membasuh tangan dengan bersih selepas selesai membantu mama.Alhamdulillah Nash cepat faham.Dia membungkus dengan berhati-hati.Rupa-rupanya kerja mama tidak semudah itu, ada pula pembantu yang seorang lagi ini, mengeluarkan semula barang-barang tadi dari kotak.Siapa lagi jika bukan Nick .Nasib baik tidak pecah.Silap mama juga kerana membiarkan Nick bersendirian di runag tamu.Sudah tentulah anak kecil itu kebosanan.Akhirnya kami tidak jadi menyambung kerja-kerja membungkus barang. Tambahan waktu minum petang mereka telah tiba.Jadi mama ke dapur untuk menyediakan juadah yang amat mudah dan berkhasiat iaitu chicken ball rebus dan dihidangkan bersama Thousand Island yang dicampurkan Sos Cili.Sayangnya mama tidak sempat mengambil gambar mereka yang sangat berselera menikmati hidangan petang itu.Jika berkesempatan mungkin di lain masa, dapat mama kongsikan lagi bersama pembaca semua.Salam Ceria dari mama buat semua.
macik.. hai...
ReplyDeletecube buat perenggan.. penat la nak bace stret jek..
hehe just a komen to improve..
hehe..saje je..nak bagi urat mata fara tu excercise sikit..huhu
ReplyDelete