Thursday 25 June 2015

Didikan Dengan Mahabah

Sewaktu membantu putera sulong mama Annas Rifauddhin 7 thn menghafaz juz amma . Mama terjumpa sebuah buku yang sangat menarik minat buah hati mama untuk membacanya. Di dalam Ensiklopedia Juz Amma terbitan edukidbook ini sangat menarik dan juga memudahkan anak-anak kecil untuk membaca, menghafaz dan mentadabur maksud ayat.

Dan ada satu pesanan yang amat bermakna buat mama juga mungkin dapat memotivasikan ibubapa di luar sana. Mama kongsikan di sini ya:-

Untuk Ibu, Ayah dan Guru.

Ibu dan Ayah, setiap manusia memiliki kemampuan yang berbeza untuk belajar tentang sesuatu di dalam fasa kehidupannya. Apa yang anda faham tentang konsep kebaikan tidak sama dengan apa yang anak anda faham. Disebabkan itu, kita perlu bijak dalam menjelaskan konsep kebaikan kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa mempunyai sikap baik bukanlah perkara yang membosankan. Solat lima waktu bukanlah suatu perkara yang sukar. Membaca Al Quran juga tidak perlu tergesa-gesa. Kita digalakkan supaya menjadi ibubapa yang aktif dan kreatif membuat formula belajar yang sesuai untuk mereka.

Gambar Putera sulong dan putera kedua mama sedang menunaikan solat fardhu asar di dalam bilik belajar merangkap bilik mainan mereka.

Apakata cuba mudahkan anak-anak kita memahami konsep kebaikan dengan cara yang menyenangkan. Berbincang dengan mereka cara-cara untuk mencapai nilai kebaikan tersebut. Jelaskan tentang akibat dan balasan tentang sesuatu perbuatan yang tidak baik. Jika mereka melakukan sesuatu perbuatan buruk, ingatkan mereka tentang akibat atau balasan tersebut. Ini akan membuatkan anak anda berasa lebih diterima dan dihargai dalam situasi yang lebih bebas dan adil.

Jika kita menghukum anak kita secara tiba-tiba, mereka bukan sahaja akan marah bahkan akan menyimpan dendam. Lebih baik kita meminta dia mematuhi hukuman yang telah dipersetujui semasa perbincangan sebelum ini. Ini akan memudahkan kita.Anak-anak juga akan belajar bahawa mereka perlu mematuhi sesuatu peraturan bukan kerana ibu bapa tetapi kerana mereka sedar akan akibat dan hukuman atas perbuatan yang tidak baik yang dilakukan.

Marah dan menghukum secara berlebihan akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada anak-anak. Ingatlah bahawa kita sedang mengajak mereka ke arah kebaikan dan bukannya keburukan. Jadi, semaikan nilai kebaikan itu dengan sesuatu yang menyenangkan. Jangan sampai kerana kita gagal menjelaskan sebuah konsep kebaikan, mereka gagal memahami nilai yang sangat bermanafaat bagi kehidupan mereka sekarang dan kemudian hari. Apakah yang akan terjadi jika mereka membenci kebaikan kerana kesalahan kita dalam menyampaikannya.

Jom ibubapa sekalian, mari kita dekatkan anak-anak kesayangan kita dengan syurga!

Sumber Ensiklopedia Juz Amma oleh Edukidbook

Salam ukhuwah buat semua😊

Untuk Tempahan Produk Dqistee Beauty sms/WhatsApp/Telegram ke 0173498183.

D'qistee Beauty Serlahkan Keayuanmu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam penuh keceriaan buat pembaca semua. Hari ini mama ingin kongsikan tips untuk menggunakan secara jimat Produk Kecantikan Diqistee Beauty kesayangan mama ini. Semoga kulit wajah kesayangan anda dapat menikmati keberkesanannya disamping menjimatkan ringgit juga. Al maklumlah zaman GST di sana sini. Tapi jangan risau. Harga Diqistee set tetap dikekalkan sepertimana sejak mama gunakan pada tahun 2011 lagi.

Set normal Diqistee Beauty berharga RM120 dan mampu bertahan untuk 2 bulan adalah terdiri daripada:-
 1)sabun pencuci muka berasaskan madu
2) Krim siang 10 ml
3) Krim malam 10 ml


Belahkan sabun pencuci ini kepada 6 bahagian. Bahagian yg tidak digunakan disimpan kemas ke dalam kotak sabun, manakala 1/6 bahagian yang akan digunakan lagi disimpan di dalam bekas ( contoh macam picture mama attach ni).





Selepas mencuci muka anda bolehlah menggunakan krim penjagaan siang Dqistee Beauty. Krimnya adalah pekat dan bewarna kuning keemasan( tetapi tidak akan menyebabkan kulit kelihatan seperti ayam yang disalut kunyit). Gunakan jari kelingking sahaja dan bacalah "Bismillahirrahmanirrahim" ketika dioleskan ke wajah. InshaAllah kesan seawal 4 hari dapat anda nikmati dengan izin Allah jua.

Seterusnya untuk krim malam. Walaupun dilihat kecil tetapi krimnya amat pekat dan padat. Oleskan ke wajah kesayangan anda dengan menggunakan jari kelingking ya ( Jangan lupa bacalah Bismillahirrahmanirrahim). Biarkan semalaman.InshaAllah dengan izin Allah keberkesanannya dapat anda rasai sendiri seawal 4 hari.

Satu normal set Dqistee Beauty boleh bertahan selama 2 bulan. Jom kita kirakan bersama. RM120 dibahagikan kepada 2 bulan. Oleh itu kos sebulan adalah RM60. Bahagikan kepada 30 hari. Jadi lebih kurang RM2 sahaja sehari. Murah sangat. Adik-adik pun mampu menggunakannya.

Untuk tempahan/pertanyaan boleh mesej/WhatsApp/Telegram 0173498183.

Serlahkan Seri Lebaran dengan Diqistee Beauty.

Salam Ukhuwah daripada Mama.

Wednesday 24 June 2015

Cahaya Ramadhan

Cahaya Ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula...

Bait bait nasyid ini amat mendamaikan jiwa mama. Syukur ke hadrat Allah dengan izinnya dapat kita semua bersua lagi dengan Ramadhan. Bulan pesta ibadah. Bulan penuh promosi untuk melipatgandakan amalan kita.Mama doakan semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan Ramadhan ini. InshaAllah.

Mama percaya dalam kita sibuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini pasti adik-adik, akak-akak, ibu-ibu sedang sibuk menyiapkan baju raya, langsir raya, kuih raya dsb. Tapi jangan lupa untuk membelai kulit wajah tersayang.

Kadang-kadang tu tudung ke shawlnya harga mahal ya ampun sampai 3 digit..baju pulak dari material satin velentino yang cantik beralun..manik2 melata menghiasi baju..memang glamour gitu..
Tapi kulit wajah kusam..berjerawat..jeragat..kena pulak make up tebal-tebal..nak nampak original make up teknik natural.. guna pulak..camera 360..zaman canggih kan..tapi takkan seronok bila menipu diri sendiri..

Mama minta maaf andai tulisan mama mengguris hati.Bagi mama apa salahnya mencuba merawat kulit wajah yang dipinjamkan Allah kepada kita.Terlanjur tu..Mama nak kongsikan set penjagaan wajah yang mama amalkan iaitu Dqistee Beauty. Ada sabun pencuci muka, Day Cream &Night Cream. Ini asas je tapi yang ini pun mencukupi buat surirumah sepenuh masa seperti mama dengan empat cahaya mata yang kesemuanya lelaki.