Wednesday 22 July 2015

Hadiah Teristimewa

 Bismillahirrahmanirrahim..
Tengah hari semalam, mama dikejutkan dengan satu panggilan telefon oleh sahabat baik mama. Rupanya suami beliau ingin menghadiahkan sesuatu yang amat berharga buat ibu dan ayahnya di kampung. Teringat mama dalam group WhatsApp kami sememangnya sahabat mama ini ada memaklumkan tentang ibu mertuanya yang meminati water filter Bio pure elken seperti yang beliau gunakan. Rupa-rupanya hadiah yang ingin diberikan oleh mereka berdua adalah sebuah water filter dan tentunya lebih bijak lagi kerana memilih jenama Bio Pure dari Syarikat Elken Sdn Bhd.


Mungkin ada yang agak skeptikal bila mendengarkan nama Elken memandangkan ianya merupakan salah sebuah syarikat jualan langsung yang mengamalkan konsep MLM. Tetapi apa yang ingin mama kongsikan di sini adalah tentang kebaikan produknya dan manfaat buat seisi keluarga.

Tiga tahun yang lalu anak sulong mama mengalami masalah asma. Beliau sangat alah dengan makanan sejuk dan buah2n berair seperti tembikai. Setiap bulan pasti kami akan ke klinik untuk mengambil gas. Mujur syarikat suami bekerja menyediakan elaun perubatan di klinik panel mereka. Jika tidak, entah berapa pula kos yang perlu kami tanggung. Namun sejak kami mengkonsumi penapis air Bio Pure masalah asma bukan sahaja dapat di atasi malahan kulit ekzema beliau juga pulih dengan izin Allah jua. Tidak perlu lagi menggaru tempat yang gatal sehingga terlena.

Kebaikan produknya turut saya kongsikan bersama rakan yang lain. Seorang sahabat pula mengadu tentang masalah kulit anaknya. Menurut beliau pembedahan kecil untuk mengambil tisu di dahi anak akan di lakukan. Cuma ianya di lakukan di hospital kerajaan jadi terpaksalah beliau menunggu. Saya hanya berkongsi dan memberi saranan agar beliau mengkonsumi penapis air Bio Pure seperti saya. Beliau bersetuju memandangkan rumahnya juga masih tidak mempunyai penapis air. Dua minggu kemudian, beliau memaklumkan kepada saya perihal anaknya. Kulitnya sihat sediakala. Alhamdulillah. Menurut doktor mungkin alahan daripada air. Kegembiraan di wajah sahabat saya itu jelas mencerminkan ketenangannya kerana anak beliau tidak perlu menjalani pembedahan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T.

Di sini juga mama ingin berkongsi sampel air yang telah di uji di salah sebuah lokasi di selatan tanah air. Mama berharap pembaca semua dapat melihat dan nilailan sendiri. Sememangnya 80% daripada badan kita adalah terdiri daripada air. Tetapi bagaimanakah kebersihan air yang kita konsumi setiap hari. Bagaimana pula untuk bancuhan susu anak-anak kesayangan kita yang masih kecil.



Pepatah Inggeris ada menyebut. "Garbage in garbage out" apa yang kita masukkan itulah juga yang akan kita keluarkan. Mama kongsikan kerana manfaatnya dan sebolehnya mama mahu setiap kita memilikinya di rumah untuk kegunaan seisi keluarga.

Sehebat mana sekalipun pemakanan tambahan (supplements) yang anda konsumi, air yang bersih amat penting untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan.

Kepada yang ingin mencuba produk elken tetapi tidak mahu menjadi ahli, mama sudi kongsikan harga ahli mama buat anda. Jom WhatsApp /Telegram 0173498183 SEGERA.

Nikmat paling berharga dalam kehidupan ini adalah kesihatan. Jadi hargailah jerit payah anda mencari nafkah dengan menghadiahkan yang terbaik buat seisi keluarga anda.

Akhir kalam, mama mendoakan kesejahteraan buat pembaca semua. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah Azzawajala.

Salam ukhuwah.

Untuk pertanyaan WhatsApp/Telegram 0173498183.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete