Sewaktu membantu putera sulong mama Annas Rifauddhin 7 thn menghafaz juz amma . Mama terjumpa sebuah buku yang sangat menarik minat buah hati mama untuk membacanya. Di dalam Ensiklopedia Juz Amma terbitan edukidbook ini sangat menarik dan juga memudahkan anak-anak kecil untuk membaca, menghafaz dan mentadabur maksud ayat.
Dan ada satu pesanan yang amat bermakna buat mama juga mungkin dapat memotivasikan ibubapa di luar sana. Mama kongsikan di sini ya:-
Untuk Ibu, Ayah dan Guru.
Ibu dan Ayah, setiap manusia memiliki kemampuan yang berbeza untuk belajar tentang sesuatu di dalam fasa kehidupannya. Apa yang anda faham tentang konsep kebaikan tidak sama dengan apa yang anak anda faham. Disebabkan itu, kita perlu bijak dalam menjelaskan konsep kebaikan kepada mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa mempunyai sikap baik bukanlah perkara yang membosankan. Solat lima waktu bukanlah suatu perkara yang sukar. Membaca Al Quran juga tidak perlu tergesa-gesa. Kita digalakkan supaya menjadi ibubapa yang aktif dan kreatif membuat formula belajar yang sesuai untuk mereka.
Gambar Putera sulong dan putera kedua mama sedang menunaikan solat fardhu asar di dalam bilik belajar merangkap bilik mainan mereka.
Apakata cuba mudahkan anak-anak kita memahami konsep kebaikan dengan cara yang menyenangkan. Berbincang dengan mereka cara-cara untuk mencapai nilai kebaikan tersebut. Jelaskan tentang akibat dan balasan tentang sesuatu perbuatan yang tidak baik. Jika mereka melakukan sesuatu perbuatan buruk, ingatkan mereka tentang akibat atau balasan tersebut. Ini akan membuatkan anak anda berasa lebih diterima dan dihargai dalam situasi yang lebih bebas dan adil.
Jika kita menghukum anak kita secara tiba-tiba, mereka bukan sahaja akan marah bahkan akan menyimpan dendam. Lebih baik kita meminta dia mematuhi hukuman yang telah dipersetujui semasa perbincangan sebelum ini. Ini akan memudahkan kita.Anak-anak juga akan belajar bahawa mereka perlu mematuhi sesuatu peraturan bukan kerana ibu bapa tetapi kerana mereka sedar akan akibat dan hukuman atas perbuatan yang tidak baik yang dilakukan.
Marah dan menghukum secara berlebihan akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada anak-anak. Ingatlah bahawa kita sedang mengajak mereka ke arah kebaikan dan bukannya keburukan. Jadi, semaikan nilai kebaikan itu dengan sesuatu yang menyenangkan. Jangan sampai kerana kita gagal menjelaskan sebuah konsep kebaikan, mereka gagal memahami nilai yang sangat bermanafaat bagi kehidupan mereka sekarang dan kemudian hari. Apakah yang akan terjadi jika mereka membenci kebaikan kerana kesalahan kita dalam menyampaikannya.
Jom ibubapa sekalian, mari kita dekatkan anak-anak kesayangan kita dengan syurga!
Sumber Ensiklopedia Juz Amma oleh Edukidbook
Salam ukhuwah buat semua😊
Untuk Tempahan Produk Dqistee Beauty sms/WhatsApp/Telegram ke 0173498183.
No comments:
Post a Comment